Home > Bahasa Melaysia (Melayu)

 

eDigitalStore.com - Bahasa Malaysia (Melayu)

Assalamualaikum dan selamat datang ke eDigitalStore.com. Ramai pelawat terutamanya dari Malaysia, Indonesia dan Brunai yang bertanya, "kenapa eDigitalStore.com tiada terjemahan di dalam bahasa Melayu?". Tidak seperti bahasa lain yang boleh di terjemah secara automatik, tetapi bagi bahasa Melayu, kami terpaksa menterjemah keseluruh laman web ini semula secara manual. Jadi pihak kami memohon maaf, di atas kesulitan ini.

Bagi memudahkan anda membeli barangan terutamanya Al-Quran Digital di eDigitalStore.com, pihak kami menyediakan 3 kaedah pembayaran:

  1. Melalui kad kredit/debit (PayPal)
  2. Melalui Western Union

Seperti yang kita sedia maklum, pengguna Internet terutamanya di Nusantara ini, masih belum ramai yang menggunakan Kad Kredit bagi urusan pembelian di Internet. Ini kerana anda mungkin tidak mempunyai Kad Kredit ataupun masih tidak yakin untuk menggunakanya bagi urusniaga di Internet. Oleh itu, kami memberi pilihan untuk anda untuk memilih pilihan lain bagi membeli barangan di eDigitalStore.com ini.

Bagi pengguna di Malaysia, kini terdapat banyak kad Debit MasterCard ataupun Kad Debit Visa yang terdapat dipasaran. Kad debit ini lebih kurang sama seperti kad prepaid telefon. Anda hanya perlu reload/top-up kad tersebut jika anda ingin menggunakanya. Antara kad debit yang sering di pakai oleh pengguna Internet di Malaysia adalah seperti Kad MasterCard NextG (AmBank), Kad Visa TuneMoney serta Kad Visa Electron (Public Bank).

 

Urusniaga di eDigitalStore.com menggunakan Matawang US Dollar

Untuk makluman anda, kesemua barangan yang di jual di eDigitalStore.com ini adalah di dalam matawang US Dollar. Anda boleh menyemak nilai harga di dalam matawang anda dengan menekan pautan "Currency Converter" di ruangan kanan laman web ini. Kemudian sebuah tetingkap baru akan dibuka dan anda akan di bawa ke laman web XE.com.

XE.com - Us Dollar ke Ringgit Malaysia

Sila masukkan nilai harga produk yang anda ingin beli pada ruangan "Convert:", kemudian pilih matawang US Dollar pada ruangan "From this currency:" dan pilih matawang negara anda contohnya seperti gambar dibawah ini Ringgit Malaysia pada ruangan "To this currency". Kemudian tekan butang "Go" dan dengan itu, anda boleh mengetahui nilai harga produk yang dijual di eDigitalStore.com di dalam matawang negara anda.

XE.com - Us Dollar ke Ringgit Malaysia

 

Pembayaran Melalui Kad Kredit

Bagi membeli barangan di eDigitalStore.com ini menggunakan Kad Kredit, anda hanya perlu memilih produk yang ingin dibeli dengan cara menekan butang "Add to Cart", kemudian pilih lagi produk lain (jika ada) dan tekan butang "Add to Cart". Setelah selesai memilih produk tadi, anda boleh menyemak senarai barangan yang anda ingin beli dengan cara menekan butang "View Shopping Cart" yang terdapat di sebelah kanan laman web ini dan anda akan dibawa ke laman web PayPal bagi membuat pembayaran.

Jika anda sudah berpuas hati dengan senarai pembelian anda tadi, sila ikuti arahan yang terdapat di laman web PayPal tadi bagi membuat pembayaran melalui Kad Kredit/debit Visa, MasterCard, Discovery ataupun American Express. Membuat pembayaran melalui PayPal ini adalah selamat, ini kerana kami (eDigitalStore.com) sebagai peniaga tidak tahu sebarang maklumat berkaitan kad kredit anda. Segala urusan keselamatan ini akan di kawal sepenuhnya oleh PayPal.

 

Pembayaran Melalui Western Union

Bagi negara lain, anda boleh membuat bayaran melalui Western Union. Bagi kaedah ini, sila pilih barangan yang anda ingin beli dari eDigitalStore.com ini. Sila tekan pautan "Currency Converter" bagi menyemak harga di dalam Matawang negara anda. Kemudian pergi ke ajen Western Union yang terdapat di negara anda bagi membuat pembayaran. Jika di Indonesia, anda boleh membuat pembayaran melalui Western Union ini di Bank BRI, Bank Mandiri, Bank Niaga, Bank Nagari, bii dan Pos Indonesia. Selain itu, anda juga perlu membayar sedikit yuran perkhidmatan (fee) bagi tujuan pengiriman wang ini.

Kemudian Emailkan maklumat pembayaran kepada kami seperti yang dinyatakan seperti dibawah ini:

  • Nama anda , alamat Email & Nombor Telefon
  • Alamat untuk penghantaran
  • Nama Produk yang anda beli
  • Jumlah Bayaran
  • Sertakan sekali, 10-digit Nombor Kawalan Pindahan Wang (MTCN). Nombor ini akan diberikan kepada anda oleh ejen Western Union.
  • arahan tambahan (jika ada) seperti warna, model/jenis dan lain-lain.

Sila klik di sini bagi menghantar maklumat pembayaran anda. Setelah anda selesai mengisi maklumat seperti yang dikehendaki tadi, sila tekan butang "Send". Borang tadi akan terus diemelkan kepada pihak kami.

 

Penghantaran Barang

Semua penghantaran (Pos) adalah PERCUMA, tidak kira di mana anda berada. Biasanya barangan tadi akan di poskan dalam masa 24 jam selepas bayaran dijelaskan. Tetapi, sila berikan tempoh 1-10 hari jika anda memesan barangan di dalam kuantiti yang bayak.

Bagi tujuan keselamatan serta kepuasan pelanggan, pihak kami akan menggunakan perkhidmatan penghantaran DHL. Kami akan mengirimkan kepada anda melalui email numbor rujukan bagi memudahkan anda menyemak/memastikan kedudukan barangan tersebut. Anda boleh membuat semakan barangan anda di laman web DHL (http://www.dhl.com.my).

Biasanya barangan yang anda beli tadi akan sampai diantara 1-4 hari selepas pihak kami pos barangan tersebut, tetapi bergantung kepada pelepasan dari pihak Kastam negara anda (Selain Malaysia). Oleh itu, pihak kami tidak dapat menjanjikan masa yang tepat.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila tekan pautan "Customer Support" bagi menggubungi kami. Sekian terima kasih.

Not find the products which you want or do you not satisfy with our offer?
Below is advertisement, advertised by other website which offers similar or related products as in our website. So, you can check and compare what they offer.

Free digital quran

Add eDigitalStore.com into your favorite Social Bookmarking Site: delicious  Digg  Technorati  reddit  Furl  Magnolia  Netscape Yahoo My Web